alhamdulillah, dapat kita hirup udara segar di bumi Allah ini. Bukan mudah nak berhijrah atau nama lain, berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.
yup! everyone must!! Bila kita tersungkur, bangkitlah kembali. Move foward. Bergeraklah setapak demi setapak, tapi ke mana?? Marilah kita bergandingan tangan menuju Mardhatillah (redha Allah). Tapi, bagaimana??
Cara Mencari Mardhatillah
- dekatkan diri dengan orang-orang yang dekat dengan Allah. Contohnya, para Alim ulama', ustaz dan ustazah, para hufaz (penghafaz alquran)
- selalu melibatkan diri dalam pengajian agama
- rapatkan tali perhubungan sesama makhluk. Contohnya, membantu yang golongan yang susah dan membantu binatang-binatang yang sakit kerana binatang juga makhluk Allah.
- ketika mencari, hendaklah berteman. Maksudnya, bergerak secara berjemaah kerana jika berjemaah, syaitan susah untuk mematahkan semangat kita.
- sentiasalah berbuat baik kepada ibu bapa, kerana redha Allah terletak pada redha Ibu bapa.
sahabat-sahabat yang disayangi, berusahalah, terus berjuang, jangan mengalah, jika kita ingin dekat dengan Allah, Allah akan membantu mu... usah risau, usah gentar. Allah berfirman di dalam kitabNya; jika kamu membantu agama Allah (islam), Allah akan bantu kamu.
Allah tu sweet kan :')
No comments:
Post a Comment