Pages

Thursday, May 23, 2013

Heiya,, its FACT...

kali nie nak kongsi sikit fakta mengenai MALU...

Doktor Psikologi di Universiti California (UC) iaitu Berkeley Robb Willer berkata,

"Penelitian yang baru dilaksanakan oleh UC menyatakan malu merupakan satu tanda emosional yang menunjukkan seseorang itu boleh dipercayai. Seorang pemalu patut di pertimbangkan sebagai rakan kongsi terbaik dalam bidang perniagaan atau organisasi. Orang jenis ini juga terntyata lebih setia. Kajian menunjukkan bahawa seorang pemalu mempunyai tingkat monogaminya (setia dengan satu pasangan) lebih tinggi dibanding pemberani"

Rasulullah juga adalah seorang pemalu,,

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.

     Zaman sekarang ni, ramai yang sudah tidak mempunyai perasaan malu yang boleh menyebabkan keruntuhan akhlak kebanyakannya dala kalangan remaja. Seharusnya perasaan malu ini perlu ada dalam diri setiap manusia. tetapi malu hendaklah bertempat kerana pepatah melayu ada mengatakan 

"malu bertanya sesat jalan"

Jalan pula kita malu apabila hendak menegakkan kebenaran, berkongsi ilmu dan dalam nasihat-menasihati juga dalam pelajaran. Seperti para isteri Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang bergiat aktif membantu perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan agama Islam. Ada yang menjadi jururawat kepada pejuang Islam ketika peperangan dan Saidatina 'Aisyah r.a yang menjadi rujukan para sahabat setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Ini menunjukkan malu itu ada tempatnya seperti malu hendak membuat perkara mungkar, malu hendak melakukan perkara2 yang dilarang Allah kerana setiap amalan manusia itu akan dibalas diakhirat  dan balasannya hanya surga dan neraka. Tiada yang ke tiga.

Oleh itu, sebagai muslim yang diberi taklifat (tanggungjawab) untuk beribadah kepada Allah, hendaklah kita menanam perasaan malu itu dalam diri.
wasalam