Pages

Tuesday, June 3, 2014

g0ing s0mewheRe

In the name of Allah the Most Merciful and the Most Greatful...

alhamdulillah, dapat kita hirup udara segar di bumi Allah ini. Bukan mudah nak berhijrah atau nama lain, berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

yup! everyone must!! Bila kita tersungkur, bangkitlah kembali. Move foward. Bergeraklah setapak demi setapak, tapi ke mana?? Marilah kita bergandingan tangan menuju Mardhatillah (redha Allah). Tapi, bagaimana??

Cara Mencari Mardhatillah


  1. dekatkan diri dengan orang-orang yang dekat dengan Allah. Contohnya, para Alim ulama', ustaz dan ustazah, para hufaz (penghafaz alquran) 
  2. selalu melibatkan diri dalam pengajian agama
  3. rapatkan tali perhubungan sesama makhluk. Contohnya, membantu yang golongan yang susah dan membantu binatang-binatang yang sakit kerana binatang juga makhluk Allah.
  4. ketika mencari, hendaklah berteman. Maksudnya, bergerak secara berjemaah kerana jika berjemaah, syaitan susah untuk mematahkan semangat kita.
  5. sentiasalah berbuat baik kepada ibu bapa, kerana redha Allah terletak pada redha Ibu bapa.

sahabat-sahabat yang disayangi, berusahalah, terus berjuang, jangan mengalah, jika kita ingin dekat dengan Allah, Allah akan membantu mu... usah risau, usah gentar. Allah berfirman di dalam kitabNya; jika kamu membantu agama Allah (islam), Allah akan bantu kamu. 


Allah tu sweet kan :')



Thursday, May 23, 2013

Heiya,, its FACT...

kali nie nak kongsi sikit fakta mengenai MALU...

Doktor Psikologi di Universiti California (UC) iaitu Berkeley Robb Willer berkata,

"Penelitian yang baru dilaksanakan oleh UC menyatakan malu merupakan satu tanda emosional yang menunjukkan seseorang itu boleh dipercayai. Seorang pemalu patut di pertimbangkan sebagai rakan kongsi terbaik dalam bidang perniagaan atau organisasi. Orang jenis ini juga terntyata lebih setia. Kajian menunjukkan bahawa seorang pemalu mempunyai tingkat monogaminya (setia dengan satu pasangan) lebih tinggi dibanding pemberani"

Rasulullah juga adalah seorang pemalu,,

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.

     Zaman sekarang ni, ramai yang sudah tidak mempunyai perasaan malu yang boleh menyebabkan keruntuhan akhlak kebanyakannya dala kalangan remaja. Seharusnya perasaan malu ini perlu ada dalam diri setiap manusia. tetapi malu hendaklah bertempat kerana pepatah melayu ada mengatakan 

"malu bertanya sesat jalan"

Jalan pula kita malu apabila hendak menegakkan kebenaran, berkongsi ilmu dan dalam nasihat-menasihati juga dalam pelajaran. Seperti para isteri Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang bergiat aktif membantu perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan agama Islam. Ada yang menjadi jururawat kepada pejuang Islam ketika peperangan dan Saidatina 'Aisyah r.a yang menjadi rujukan para sahabat setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Ini menunjukkan malu itu ada tempatnya seperti malu hendak membuat perkara mungkar, malu hendak melakukan perkara2 yang dilarang Allah kerana setiap amalan manusia itu akan dibalas diakhirat  dan balasannya hanya surga dan neraka. Tiada yang ke tiga.

Oleh itu, sebagai muslim yang diberi taklifat (tanggungjawab) untuk beribadah kepada Allah, hendaklah kita menanam perasaan malu itu dalam diri.
wasalam

Friday, April 19, 2013

open mind..positive thinking

pernah tak rasa ada someone judge kite macam2... orang tu tak bertanya pown at kite dulu,, kenapa itu? kenapa ini? yang dia suke,, terus judge je... kadang2 tak sume orang nak sakitkan hati masing2... lagipun, tak de sape pown yang suke sakit haty... menyakitkan,, betul tak... walaupown bukan dihiris dengan pisau sekali pown,, bukan ditembak dengan M16... tapi sakitnye pasti buat orang lain tak suka keadaan tu... dekat sini,, saya nak tarik semua orang untuk selalulah open mind and always positive your thinking about another.. lagipown,, etu elok tok kesihatan hati kite and kite takkan slalu tension2... better kita selidik dulu,, betulkah dia macam tu,, rajin2 lah bertanya dengan teman rapat empunya diri... this is my opinion,, lagipown kalau kita fikir buruk2 at someone tu,, akan menambahkan jurang antara kita dengan dia.. so,, penyelesaiannya, lebih baik kita selidik dahulu sesuatu sebelum buat keputusan... lagipown,, our prophet mengajar umatnye untuk selalu berbuat baik terhadap saudara seislamnya... walaupown kita tiada pertalian darah walaupown setitis dengannya... nabi muhammad juga, tidak pernah mengajar umatnya berfikiran negatif kan?? so,, kalau sayangkan nabi,, jangan lah buat apa yang nabi larang... selalulah amalkan sunnah2nya... ikut perintah Allah... insya Allah,, u will get the HALAWATUL IMAN (kemanisan iman)...